RSS

Rabbani Sentiasa Utuh Dipersada Seni Tanah Air

KUMPULAN RABBANI telah ditubuhkan pada 1 March 1997. Rabbani bermaksud “Yang Arif dan yang Soleh” atau tafsiran secara umumnya ialah ‘ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat kepada kebaikan’. Dianggotai oleh 9 orang anak muda. Suatu penampilan yang melibatkan ahli yang ramai. Kerana ingin membawa suatu kelainan dari segi penampilan, imej dan persembahan.



  Biarpun ketika ini kemunculan album-album nasyid telah banyak lahir dengan berbagai konsep yang dibawa dan penerimaan masyarakat juga amat menggalakkan. Kemunculan Rabbani adalah dengan konsep yang tersendiri. Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini. Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja. Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah. Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.
  Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan. Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur. Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.


Biodata Ringkas Anggota Rabbani

1)  NAMA  : MOHAMAD ASRI BIN IBRAHIM
     NAMA PANGGILAN  : ASRI
     TARIKH LAHIR  : 3/8/1969
     TEMPAT LAHIR  : KLANG, SELANGOR     

2)  NAMA  : MOHD ASRI BIN BAIDUL @ UBAIDULLAH
     NAMA PANGGILAN : ASRI UBAI
     TARIKH LAHIR  : 20/12/1971
     TEMPAT LAHIR  : SG BESAR, SELANGOR

3)  NAMA  : AZADAN BIN ABDUL AZIZ
NAMA PANGGILAN : AZADAN
TARIKH LAHIR  : 73/12/1973
TEMPAT LAHIR  : BATU PAHAT, JOHOR

4)  NAMA  : MUHAMMAD LUQMAN BIN ABD AZIZ
NAMA PANGGILAN : LOQMAN
TARIKH LAHIR  : 29/03/1974
TEMPAT LAHIR  : ALOR SETAR, KEDAH

5)  NAMA  : MUHAMMAD RITHAUDDEEN BIN YAAKOB
NAMA PANGGILAN  : RITHAUDDEEN
TARIKH LAHIR  : 29/11/1971
TEMPAT LAHIR  : KULIM, KEDAH

6)  NAMA  : MOHAMAD AFANDI BIN SHAHBUDIN
NAMA PANGGILAN : FENDI
TARIKH LAHIR  : 08/08/1976
TEMPAT LAHIR  : SEMANGGOL, PERAK

7)  NAMA  : AHMAD BIN SHAFIE
NAMA PANGGILAN : RAHMAT
TARIKH LAHIR  : 31/03/1972
TEMPAT LAHIR  : SABAK BERNAM, SELANGOR

8)  NAMA  : NAZRUL AZHAR BIN HJ TAMRIN
NAMA PANGGILAN : ACUL
TARIKH LAHIR  : 14/06/1977
TEMPAT LAHIR  : PONTIAN, JOHOR
9)  NAMA  : ZULKIFLEE BIN AZMAN
NAMA PANGGILAN : ZUL
TARIKH LAHIR  : 04/05/1976
TEMPAT LAHIR  : KOTA TINGGI, JOHOR

PENGHASILAN ALBUM
  Hasil kerjasama dengan syarikat-syarikat rakaman dan sepuluh tahun pembabitan di dalam industri hiburan, Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya seperti berikut:
  1. Rabbani. 1996
  2. ARAH Dari Mana… Ke Mana…  1997
  3. Muhammad Ya Habibi. (Kompilasi)  1998
  4. Ramadhan Remix (Rabbani / H.Madani) 1999
  5. Pergi Tak Kembali.    1999
  6. Iqrar 1421. 2000
  7. Intifada 2000
  8. Aman 2001
  9. Qiblat 2002
  10. Kenangan (Kompilasi) 2003
  11. Epik 2003
  12. Yalla Beena 2004
  13. Suara Takbir 2005
  14. Malam Sinar Maulidurrasul 1427 (VCD) 2006
  15. Ramadhan Syawal 2006
  16. Maulana 2007
  17. Rabbani 1418-1428H 2007
  18. Rabbani 1418-1428H (VCD&VCD Karaoke) 2008
  Dalam menghasilkan album tersebut Rabbani telah terlibat ramai penerbit, komposer serta pemuzik yang amat berpengalaman serta berpengaruh yang banyak mencorak industri muzik tempatan contohnya seperti trio yang amat terkenal KRU, Pak Ngah, Azmeer, Bong, Zaid Yusof, LY dan ramai lagi yang mana dengan itu juga terlalu banyak ilmu dan manfaat yang Rabbani perolehi hasil pengalaman dan tunjuk ajar bersama mereka.
  Juga terdapat karya lagu dan lirik untuk album tersebut adalah hasil ciptaan Rabbani sendiri serta dari penerbit Rabbani Ust. Sohibul Fadhil (B. Nury) walaubagaimana pun ada juga sumbangan dari penulis lain contohnya dari teman-teman, serta peminat.

PENCAPAIAN RABBANI
  Alhamdulillah pencapaian setakat ini amat menggalakkan, walau dalam kegawatan ekonomi serta gejala cetak rompak yang sangat berleluasa album Rabbani masih dapat dijual dengan kuantiti yang amat menggalakkan. Seterusnya dalam industri muzik pula Rabbani amat bersyukur kerana kerap dicalonkan dipelbagai kategori hingga keperingkat akhir dan bermula pada tahun 2001 dan tahun 2003 adalah tahun yang amat bertuah buat Rabbani kerana telah mendapat beberapa anugerah terbesar dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia.

ANUGERAH INDSUTRI MUZIK (AIM)
1. Album Nasyid Terbaik 2001 – Iqrar – 1421
2. Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 – Iqrar-1421
3. Album Terbaik 2001 – Iqrar-1421
4. Album Nasyid Terbaik 2002 – Intifada
5. Album Nasyid Terbaik 2003 – Qiblat

ANUGERAH BINTANG POPULAR – BERITA HARIAN
1. Penyanyi Nasyid Popular 2001
2. Penyanyi Nasyid Popular 2002
3. Penyanyi Nasyid Popular 2003
4. Penyanyi Nasyid Popular 2004
5. Penyanyi Nasyid Popular 2005
6. Penyanyi Nasyid Popular 2006

ANUGERAH ERA
1. Lagu Nasyid Pilihan 2001 – Intifada
2. Lagu Nasyid Pilihan 2006 – Nawaitu

ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM
1. Juara ACNI 2004 – Handzalah
2. Naib Juara ACNI 2005 – Yalla Beena
3. Vokal Terbaik ACNI 2005 – Yalla Beena

ANUGERAH NASYID MINGGU INI
1. Naib Juara 2004 – Yalla Beena
2. Persembahan Terbaik 2006
3. Penyanyi Solo Terbaik 2006

ANUGERAH KHAS
1. Anugerah Pencapaian Seni Terbaik 2006 (Kategori Penyanyi Berkumpulan) – Persatuan Penyanyi-Pemuzik-Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA)
2. Anugerah Artis Paling Sporting – Mulut Laser Mesra Sokmo Cit Cat 7 Terengganu
3. Anugerah Persembahan Terbaik – Mulut Laser Mesra Sokmo Cit Cat 7 Terengganu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejarah UNIC



UNIC merupakan adik kepada kumpulan in-team yang lahir di bawah Hijjaz Record. tentu masih ramai tidak mengetahui sejarah kumpulan ini, kumpulan semakin naik pada hari ini, dengan pelbagai penerbitan album dan aktiviti termasuk program ilmiah dan motivasi. dan sekarang sudah mampu mempunyai syarikat sendiri dalam industri ini dan sudah dapat berdikari dengan sendirinya.
  Kumpulan Nasyid UNIC adalah merupakan salah sebuah kumpulan nasyid yang popular di tanah air. Album pertama yang bertajuk “You & I See” telah mencatatkan jualan melebihi 40 000 unit di seluruh Malaysia. Berdasarkan sambutan yang diberikan oleh peminat nasyid, sehingga kini UNIC telah bertahan selama 8 tahun dalam persada seni dan telah berjaya menerbitkan tujuh buah album penuh dan enam album kompilasi..
  UNIC bermula pada tahun 2002 semasa masih di bangku persekolahan. Menjadi fenomena industri nasyid pada masa itu, UNIC diangkatkan lagi dengan lagu HITS mereka pada kemunculan pertama mereka iaitu Hanya Tuhan Yang Tahu di bawah pengurusan Hijjaz Records. Antara lagu-lagu lain yang HITS termasuklah :
    
  1. Jalinan
  2. Ainul Mardhiah
  3. Satu Tekad
  4. Insan Bernama Kekasih
  5. Demi Cinta Suci
  6. Balqis
  7. Erti Syukur
  8. Sebuah Pertemuan
  9. Atas Nama Cinta
  10. Lafaz Yang Tersimpan
  11. Ke Makam Bonda
  12. Remaja
  13. Aisyah Humaira
  14. Langkah Tercipta
  15. Hakikat Bahagia
  
Asalnya dianggotai oleh 4 anak muda :
  1. Bazli Hazwan bin Che Osman
  2. Mohd Fitri bin Mohamad Haris
  3. Mohd Afendi bin Jahri
  4. Wan Sharifuddin bin Wan Hassan

Namun atas komitmen dan hala tuju yang berbeza, UNIC beberapa kali telag bertukar anggota tetapi masih kekal dengan perjuangan dan konsep muzik yang sama. Akhirnya pada tahun 2011, UNIC terus kekal bersama 3 anggota iaitu :
  1. Bazli Hazwan bin Che Osman
  2. Ahmad Fadzli bin Ab. Aziz
  3. FakhrulRadhi bin Khamarudin

Inilah anggota UNIC yang terus berjuang menyampai dakwah melalui HIBURAN MENDIDIK JIWA pada golongan remaja di seluruh dunia. UNIC terus memecah tradisi dengan menembusi pasaran :
  1. Indonesia
  2. Singapura
  3. Thailand
  4. Brunei
  5. Egypt
  6. yang terbaru di Perancis

Berbekalkan kepada pengalaman dan tenaga kerja yang sedia ada, UNIC telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu UNIC Records. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan bahan‐bahan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat dan juga berfungsi sebagai pengedar kepada semua produk‐produk UNIC Records dan pelanggan UNIC.
  “Hiburan Berilmu Rohani Terpandu”. Misi UNIC Records adalah untuk meneroka, berkembang dan menjalankan usaha dakwah menerusi bidang‐bidang yang diceburi selaras dengan kemajuan dan perkembangan negara.
  UNIC terus bergerak maju di bersama dengan 2 lagi syarikat yang diuruskan mereka iaitu :



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejarah in-Team

Tentu sudah ramai yang kenal dengan in-taem, sebuah kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di Malaysia. Akan tetapi masih ada lagi tidak mengetahui tentang sejarah serba sedikit mengenai kumpulan termasyhur ini. di kesempatan ini saya ingin bercerita serba sedikit mengenai kumpulan ini. kumpulan adalah antara kumpulan nasyid kegemaran saya.
  
Sebaik sahaja bumi memasuki milenium, yakni pada tahun 2000 tepat, kumpulan yang dimulakan secara "suka-suka" atau "kecil-kecilan" ditubuhkan. Selepas dari itu, tiada lagi anggapan "kerdil". Selepas dari itu adalah sejarah. INTEAM telah mencipta sejarahnya tersendiri dalam industri nasyid Malaysia.


  Secara tiba-tiba kumpulan nasyid ini mendadak menjadi kumpulan nasyid yang terkenal, dihormati dan berada di depan. Namun ada yang lebih membanggakan -- kumpulan nasyid INTEAM kekal dengan konsep asal mereka. Mereka mempertahankan apa yang mereka mulakan -- nasyid adalah cabang dakwah.
  Imbasan kembali -- sebenarnya kumpulan INTEAM mula terbina sejak sebelum milenium, ketika Hazamin, Syahril, Hisyam, Suhaime masih lagi menuntut di Matrik UIA, P. Jaya. Lebih tepat lagi sejak Januari 1998. Secara "default" kumpulan nasyid Husaini adalah kumpulan nasyid tetap di pusat Matrikulasi tersebut (yang setiap tahun ahlinya bertukar). Mereka menganggotai Husaini. Mereka memilih dan terpilih untuk menubuhkan INTEAM. Bahkan nama INTEAM itu pun menjadi tepat setelah melalui pemilihan dari berpuluh nama yang telah disesuaikan.

  Masa berlalu, tiada yang abadi. Anggota Inteam bertukar. Hisyam digantikan dengan Rahim atas kehendak pihak pengurusan. Hisyam kemudian menubuhkan kumpulan nasyid sendiri, namun masih mengekalkan hubungan baik dengan anggota asal INTEAM tepat sebagaimana yang digambarkan dalam lagu AKRAB PERSAHABATAN dari album pertama mereaka.
Dalam iklim industri nasyid yang kurang selesa, INTEAM terus menongkah arus dan mengekalkan kedudukannya sebagai kumpulan nasyid yang terus berada di hadapan kekal berpegang teguh kepada prinsip asal. Jualan album dan jemputan persembahan kumpulan ini nampaknya tidak terjejas dengan banyak, jika diukur dari segi suasana atau iklim industri nasyid masakini.

  Bagi memantapkan lagi, disamping meneruskan apa yang dimulakan 5 tahun sebelumnya, mulai dari 1 Januari 2005, INTEAM dengan berbekalkan keyakinan, ilmu pengurusan dan pengalaman telah memulakan pengurusan sendiri. Persembahan dan apa-apa aktiviti nasyid mereka adalah di bawah pengurusan INTEAM EDUTAINMENT SDN BHD.
  Apa yang dimulakan mesti diteruskan. Mesti sentiasa ada peningkatan demi peningkatan. Sekali INTEAM, terus INTEAM.
  Tiada yang abadi. Suhaimie menarik diri Inteam atas alasannya sendiri. Inteam bertiga dan kemudian 'uprgading dan rebranding' dengan menubuhkan INTEAM RECORDS SDN BHD pada Januari 2006. Sistem pengurusan Inteam berubah sejak 2006 di mana jatuh bangun Inteam kini berada di tangan mereka.
  Mereka bertiga gigih dan berazam untuk membawa Inteam ke era baru yang lebih mantap dari sudut nasyid dan perniagaan.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS