RSS

**NEW NASHEED 2011"" Mishary Al Araada.




Sheikh Mishary Rashed Alafasy, siapa yang tidak kenal, beliau merupakan qari termashur masa kini, selain Sheikh Jibril, Sheikh Saad Said al-Ghamidi dan Sheikh Sudais. Beliau sangat terkenal dengan bacaan al-Quran di seluruh dunia, tidak ketinggalan juga di Malaysia. beliau sangat berjaya sehinggakan memiliki studio record sediri.  Sejak mempunyai studio sendiri, beliau mula merekodkan pelbagai album nasyid dengan pelbagai mesej keagamaan dalam versi Arab. 
  Video yang saya uploadkan ini merupakan antara lagu nasyid terbaru beliau, mesti masih ramai lagi tidak  mengetahui tentang lagu terbaru beliau ini, saya perolehi lagu beliau ini dari http://www.youtube.com/mombasa321#p/u/2/b_SDGudbBuM.
  Lagu ini sangat bernas dengan plbagai mesej keagaan tentang kata-kata taubat seorang hamba Allah yang telah banyak berdosa dan mungkinkah masih terbuka pintu taubat untuk insan seperti ini. Banyak manfaat yang kita perolehi dari lagu ini, selain dari mesejnya yang sangat berguna untuk kita sebagai hamba Allah yang tidak terlepas dari melakukan dosa setiap saat dan ketika, kita juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang Bahasa Arab, kerana lirik yang digunakan sangat cantik, unik dan sangat menarik untuk dihayati bersama.
  Selamat Mendengar :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment