Devotees telah menampilkan album terbaru mereka untuk tahun 2011 ini yang bertajuk Berjalan Tanpa Henti, Album Berjalan Tanpa Henti memuatkan 9 buah lagu:
01 Berjalan Tanpa Henti
02 Bersama
03 Hadirnya Cahaya S.A.W
04 Selagi Hayatmu Di Sini
05 Don't Walk Away
06 Harapan feat. Salleh Brotherz
07 Rindu Kedamaian
08 Bersama (Akustik)
09 Minus One Bersama (Akustik)
02 Bersama
03 Hadirnya Cahaya S.A.W
04 Selagi Hayatmu Di Sini
05 Don't Walk Away
06 Harapan feat. Salleh Brotherz
07 Rindu Kedamaian
08 Bersama (Akustik)
09 Minus One Bersama (Akustik)
Bagi mereka yang belum mengenali kumpulan Devotees secara mendalam, di sini saya cuba ceritakan serba sedikit mengenai Devotees.
Nama asal Devotees ialah Devosi (Berasal dari devotion/kehambaan). Nama Devosi itu pula dipilih setelah menapis lebih kurang 40 nama lain. Akhirnya pada sebelum rakaman bermula, nama DEVOTEES dipilih, berdasarkan maknanya, senang sebutan dan nilai komersil. DEVOTEES membawa maksud PEMUJA, PENGGEMAR, PENYERAHAN.
Kumpulan DEVOTEES telah ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah pengurusan D Voice Entertainment. DEVOTEES telah membawa nafas baru dalam industri nasyid tanahair dengan menampilkan konsep “Urban Nasyid” yang berunsurkan Pop Dakwah dan “World Music” seperti Rap, Hip hop, Dance, Pop dan R&B yang bertujuan untuk memenuhi keperluan remaja masa kini dengan sesuatu yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran masa. Irama segar dan baru yang dibawa oleh DEVOTEES mampu menawan hati masyarakat terutama para remaja. Kehadiran DEVOTEES diyakini dapat menimbulkan kesedaran dalam masyarakat dan membendung gejala sosial yang semakin berleluasa terutamanya dikalangan remaja. DEVOTEES yang membawa maksud seseorang yang bersemangat terutamanya dalam ajaran agama, terdiri daripada 4 orang anak muda iaitu Adi Akmal, Abdul Halim, Muhammad dan Ahmad Shauqi yang masing-masing merupakan graduan dan mahasiswa IPT (UIAM dan UKM). Nama DEVOTEES juga dipilih untuk menunjukkan komitmen semua ahli kumpulan dalam memperjuangkan irama nasyid di Malaysia.
Kepada yang belum tahu, kesemua anggota kumpulan devotees ini mempunyai bakat dalam bidang penciptaan lagu..sebelum ini, mereka telah menunjukkan bakat mereka menyumbangkan lagu didalam album motivasi mereka.
Ahli-ahli devotees
Abd. Halim Bin Ahmad
Asal : Kota tinggi, Johor.
DOB : 20 October 1986
inilah dia adik b0ngsu didalam devotees..anggota devotees yang paling muda..
selain menyanyi beliau juga berbakat dalam mencipta lagu serta menulis lirik....
Adi Akmal Bin Sehrom
asal : Johor Bahru
DOB : 1 April 1986
Kerjaya : Penyanyi, Pengacara(u-remaja), Pembaca berita (al Hijrah) & Komposer
Adi Akmal merupakan anak tunggal didalam keluarga beliau...dan didalam album ini beliau merupakan pencipta lagu bg lagu Bersama..
Ahmad Shauqi Bin Abu Kashim
Asal : Negeri Sembilan
DOB: 6 Januari 1985
Inilah dia abg long devotees...dikenali sebagai Shauqi...
Muhammad Bin Mohd Tawil
Asal : Ranau, Sabah
DOB : 23 June 1985
0 comments:
Post a Comment